Tuesday 8 February 2011

Diet...

Salam, kalau nak diceritakan tentang diet ni, memang tidak tercerita kerana aku telah mula berdiet sejak berumur 12 tahun. Memandangkan tubuhku yang agak chubby since aku sekolah rendah lagi, ditambah dengan ketinggian yang tidak seberapa ini...menyebabkan aku mula berdiet di usia yang agak muda...sehinggakan aku terkena gastrik.

Namun, gastrik di usia muda tidak langsung mematahkan semangat aku untuk berdiet...Malah aku advance kan lagi dengan berjumpa pakar nutrisi makanan sejak 2 tahun lalu...1st year berat badan aku menurun sebanyak 20kg. Seronok sangat la masa tu...Tapi untuk mendapatkan berat badan yang ideal dengan ketinggian, aku perlu menurunkan lagi keberatan badan aku ni sebanyak 15 - 20kg lagi...So, lama kelamaan, aku pun dah x larat nak berulang alik jumpa Dr pakar tu, ...aku pun start la memonteng, ditambah dengan kos yang menghampiri RM500/mth, orang kata taukeh kerbau pendek pun jual kandang...aku pun surrender...so badan aku start la naik semula...aduh...yang sedihnya...dia naik jugak walaupun aku pergi gim 2x seminggu & berjogging...

Penghujung bulan Okt 2010, dalam aku berkira-kira untuk berjumpa pakar nutrisi makanan semula, aku diperkenalkan dengan Premium Beautiful oleh seorang kenalan lama. Memikirkan faktor umur yang semakin mengancam kesihatan, aku pun memilih untuk memakai PB sebagai alternatif untuk berdiet. Yer la, melalui pengalaman kalau aku berjumpa pakar nutrisi makanan bermakna aku perlu menelan sekurang-kurangnya 3 jenis ubat yang membantu aku untuk menurun selera makan, ubat memecah lemak & ubat lawas...dalam usia yang begini, mampukah sistem badan aku mendigest semua ubat2 tu?? I don't think so..Diet cara ini, memerlukan aku bersenam & berjogging selalu bagi mendapatkan badan yang mantap...kalau tak nanti mengelebeh pulak muscle. Nak jogging selalu, aku dah x boleh nak berlari anak seperti orang muda lagi...most of the time aku terpaksaa berjalan pantas sahaja...

Alhamdulillah, selepas 2 bulan memakai PB ni, berat badan aku telah menurun sebanyak 2kg...ok la tu, tanpa perlu pergi gim & berjogging tau...yang bagusnya tiada lagi masalah keputihan dan sakit belakang and perut dah x berapa nampak lagi walaupun tanpa PB (ayat berlapik...). The important part is abang semakin sayang sebab dia tahu isteri dia walaupun belum kurus lagi (tapi mantap...), sedang berusaha untuk kurus & cantik sebab sayang kan dia jugak...

Banyak lagi kebaikan PB ni sebenarnya...nanti aku ceritakan lagi dalam entry akan datang...wassallam...